What's New?

What's New?

Showing posts with label waterfall. Show all posts
Showing posts with label waterfall. Show all posts

Monday, 30 March 2020

Phanter Waterfall @ Kampung Dusun Kubur, Kenaboi

Bismillahirrahmaanirrahim

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera

Hello Outdoorianssss, 

        Okay, alang alang iols dah aktif balik bercerita ni, nak lah share jugak kan, aktiviti aktiviti dan tempat yang iols dah pergi sebelum ni. Mane lah tau nanti lelepas RMO ni berakhir, boleh lah uols rancang nak ke mana. Semoga semua ni selesai dengan segera, aamiiinnn. 

        Sebabkan dah lama tak beroutdoor. Jadi memang lemak tepu wey. Badan mashaa Allah takyah cakap la. Naik melampau lampau. Orang orang lama yang zaman zaman hiking dlu kalau terjumpa memang terkejut kahkahkah. Tapi minat dan cintaku terhadap dunia outdoor dan nature tak penah hilang ~~ . Macam lagu Amylia + Kaer ( OST Nur ) - pehh sempah promote. Wakaka. 

        Okay, nak dijadikan cerita, Ummi, one of my easy going friend to bring to nature. Selain Nisya. Cmane boleh close? Aha, ni kawan masa zaman buat degree dlu. Agak sekepala dan ok untuk dibawa beroutdoor. Kahkah, siotjeakuh. Kalau ko baca ni, jangan maraaa Ummi. 

        Minggu yang weols pilih nak pegi tu, memang ingat nak bersantai je kat Kem Katak (Kenaboi Adventure Team). Weols pun plan balik hari je, pegi pagi, balik petang. Sebab Ummi tak berani nak lalu jalan bukit bukau hutan tu malam malam. Jadi, persetujuan dah dibuat, weols ons je la. Ok la kan daripada takde. Ikotkan hati nak je tedo sana. Tapi memasing dengan kerjanya. Iols nak busking lagi. Tak keje takde duit kan uols, keje gaji hari, begitulah. Ahaks. 

        So, weols pun plan berangkat time subuh gelap. Iols datang rumah Ummi, pergi pakai kereta iols. Gerak ikot Nanding sebab jalan Bukit Ampang tengah construction (MRT). Lagipun rumah Ummi dah ke depan, so takyah nak pepatah balik ke Ampang. Masuk kawasan bukit bukau tu, langit dah cerah. Weols pun bukak tingkap lah, nak bau segar waktu pagi. Tapi tapi tapi, kelancaran jalan agak terganggu lah sikit. 

        Maafkan iols berkata kata ye, bukan tak suka, tapi dah tak sama lah macam dulu. Dulu jalan tu lancar je. Sekarang, dah ramai orang berbasikal dekat area berbukit bukau tu. Terutamanya nak naik ke Genting Peras. Memang terlalu ramai, smpaikan nak kene hold gear dekat kawasan berbukit. Bukan taknak beri laluan. Tapi ada jugak antara cyclist ni yang selfish. Bawak tetengah jalan. Korang tau tak, bahaya gila dok tetengah jalan tu?

        Ada kawasan yang boleh nak duduk tengah, dan ada kawasan yang berisiko tinggi. Kereta dari depan dan belakang datang, kekadang tu laju. Kalau waktu gelap kita boleh tau ada kereta datang dari arah depan. Waktu siang tak nampak la lampunya. Korang dok tetengah jalan. Dekat kawasan jalan yang bengkang bengkok atau selekohnya pendek pendek. Kalau kereta atau motor tengah laju, memang tak sempat nak break wey. Kalau berlanggar tu, bersepah tau. Kot bersepah, kalau kawasan tu tepi gaung, dah ke bawah nun peginya. Bahaya!!

        Jadi jika ada antara uols yang geng berbasikal dan kerap ke sana atau merancang nak berbasikal di kawasan tersebut kemudian nanti, mohon berpesan pesan ye tentang keselamatan dekat situ. Bukan nak marah, tapi bahaya. Mengganggu pun satu hal. Nak kene ikooooooooot belakang basikal tu. Yang best tu, basikal tu pun taknak ke tepi. Mashaa Allah. Haaaa, kaaaaaaaaan..... Bebel pasal ni je dah 2 muka surat. Kahkah. 


        Berbalik pada citer keindahan perjalanan tadi. Dah tak indah sangat lah bila ada gangguan tadi kan. Kahkahkah. Sesampai je pepagi kat Kampung Chennah, weols dah plan dah. Memang nak minum kat sana. Bestnye minum pagi kat warung, suasana kampung lagi. Memang syahduuuuu sangat. Dengan nasi lemak nye, ayam gorengnye, bihun goreng, kuey teow goreng, roti canai. Kahkah. Memang rasa macam nak makan semuaaa. Tapi tak jadi sebab ada mamat basikal yg ensem and sado dok sebelah meja sambil kontrol ensem dia dengan hidung yang kembang kuncup tu (penat wey kayuh, ingat ape) Hehe. Sambil tunggu Abg Nua nak ambik kitorang. (Dia pesan parking depan rumah Mak Long je)

        Selesai minum weols pun pegi lah ke rumah Mak Long konon nak tunggu Abg Nua. Rupanya dia dah ada dekat sana. Tunggu weols lah. Kahkah. Katenye, harini kite takyah masuk kem katak. Nak masuk tmpat lain. "Ada small group of Chinese and Malay family members booking for this beautiful nature this weekend." katenye. Amboi speaking London abang aku nieh. Wawawa.

        Makanya, weols berkumpul dekat depan Dewan Serbaguna Kg Chennah. Tunggu Family Chinese ni get ready. Rupanya diorang pun ada 4WD. Adalah dalam 12 orang diorang tu. Memang saja diorang nak bawak masuk 4wD diorang tu. Ada jugak budak abg nua yang ikot masuk naik motor - Si Zohir hehe. Naik 4wD, kami terus ke kawasan Kampung Esok. Tak masuk simpang Kenaboi. 

Iols tanya Abang Nua,

 "Abg pernah bawak saya masuk situ ke bang?"

"Tempat ni nko tak penah masuk lagi. Tempat ni kira baru jumpa ni. Sebelum ni orang luar tak penah masuk." 

        Tapi memang kereta biasa tak boleh masuk. dengan jalan bukitnya, ada trek batu kerikil. Sampai kat satu kawasan tu weols rehat sekejap. then nak turun ke bawah (tempat waterfall tu) kene lalu kawasan tanah merah. Kalau hujan tu licin T_T. Turunnya pulak bukan dekat dekat. Jauh jugak ke bawah. Akhirnya sampai lah jugak. Rasanya ada la dekat sejam perjalanan tu.


        Air Terjun Phanter, Kampung Dusun Kubur. Terletak jauh dalam hutan. Nak masuk perlu menggunakan 4wd. Atau motor. Air terjun yang belom tercemar sebab ramai yang belom tahu kewujudan tempat ni. 

Dah sampai, ape lagii??? Jom ler benam ke dalam ayorrr hehehehe. Gambar dekat bawah ni adalah suasana sekitar kawasan Phanter Waterfall. Kenape namanya Phanter? Entah la, tak sempat nak interview tanya hehe.

Dekat sini kawasan kami parking 4wD dan kawasan yang selamat untuk mandi manda. Nak ke waterfall kene jalan ke atas sikit, di sebelah kiri gambar (tengok air mengalir ke depan, air terjun dekat belakang)

Inilah dia Air terjunnya, nampak rendah kan. kamera ni lah yang salah angle haha. Kawasan depan air terjun ni tak boleh mandi kalau tak ada life jacket atau pelampung. Yang betul betul pandai berenang je yang dibenarkan mandi dekat kawasan ni. Dalam wey!! 

Ini lagi satu kawasan yang selamat untuk mandi manda. air ada kawasan yang cetek dan dalam sikit je. ada jugak jeram yang tak merbahaya. Belakang tu waterfall. nampak tak? Hehe. 

        Untuk pengetahuan korang, iols kalau ada masuk ke kawasan sungai ke air terjun ke, memang akan turun atau naik daripada kawasan air terjun ke kawasan sekitar situ. Suka la konon konon nak explore. Tapi Abang Nua dah pesan "D, jangan pegi jejauh, aku payah nak carik ko nanti" wakwakwkakwawakwka.

Assalammualaikum, hello Phanter Waterfall. Saya Diyana. Selamat berkenalan. Awak tak kenal saya sebab saya belom pernah datang sini lagi. Ni first time saya ke sini. Harap awak layan kami semua dengan baik ye, kami nak mandi manda je. "Oh, iols mmg suka bercakap dengan alam. Jangan pelik ea" hiks

Okay, dengan kayu kayu yang lembap sekitar tu (sebab semalamnya hujan dan hari tak terlalu panas) Abg Nua kira memang terror lah boleh hidupkan api dekat kayu yang lembap nieh. Mungkin pada orang lain biasa je. Tapi aku bayangkan kalau ko sendiri yang nak kene buat bonfire. dengan kayu lembap. stress wey. ni pun cuba banyak kali baru menjadi. Alhamdulillah Sebabnya Sejuk Yakmaaaat
Okay masa ni Ummi dah benam kan diri dalam air. Iols macam biasalah, amik mood lama gila kalau nak masuk air. kadang org dah nak naik, aku baru nak turun kahkah.
Pegang pelampung kekonon nak pergi dekat ngan air terjun. Tapi Abg Nua tak bagiiii wakakakka. "BAHAYA!!" katenye. Jadi iols dok atas batu je lah. tengokla tu, tudung pun sopan je kan. Sebab memang plan datang ni taknak mandi, nak cecelup je kahkah

Akhirnya iols masuk ke dalam air atas pujukan Ummi. haha

Kan iols dah kate, memang sejok gilers. Semua dok dekat api tu nak panaskan badan. Weols pun sama huhu.
Hwaaaaaaa... Tak nak balikkkkk
Okay, brape kali turun naik air sebab sejuk kaw kaw sampai ke tulang airnya. Laen maciam. Bila baju dah kering, malas pulak nak masuk balik dalam air haha. 



Selamat tinggal Air Terjun Phanter. Inshaa Allah ada rezeki lagi lain kali kami datang.

Kalau tuan bijak laksana, cuba lah teka ini daun apa? hehe

        Abang Nua kate kene gerak awak sebab hari dah nak hujan. Cuaca agak tak mengizinkan untuk dok lama kat sana. Cukuplah dah dekat 3 jam masing masing main air. Dan memang tepat sekali jangkaan Abang Nua. Selesai semua, nak panjat ke 4wD, hujan turun. Wow, hebat instict Abg Nua. Memang kejenye dok kat hutan kan. Mestilah dah masak dengan keadaan cuaca panas kering dia.

Perjalanan balik weols ditemani hujan. Yang bestnya, weols yang kat belakang mandi hujan hehe. Indah betul rasa perjalanan balik yang tak jauh mana tu. Sampai ke rumah Mak Long, Weols pun tumpang mandi dan tukar baju. Takde la mandi beriya, ala kadar bersihkan badan je, tukar baju kering. Sebab nak kejarkan balik. Risau jugak lambat lambat nanti makin gelap. Sebab dah hujan. 

Abang Nua ajak sembang dekat beranda rumah Mak Long. Sementara tunggu hujan reda sikit. Dia pun beritahu lah tentang pakej yang da offer kalau ada sesiapa nak masuk ke Phanter Waterfall tu tadi. 

Alhamdulillah sebelum gelap kami pun gerak balik ke Kuala umpur. Finally, we went back to reality kahkah. Kami sampai pun sebelum hari gelap. Iols hantar Ummi balik dan iols pun terus balik ke rumah. Nak tedo sangat rasanya. Kahkahkah.

Terima kAsih Allah untuk rezeki hari tu, yang benarkan weols bertemu Phanter Waterfall. Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan weols untuk pergi lagi ke sana. 

Untuk masuk ke sana, bayaran yang dikenakan sangat berbaloi. How much do you care to pay for ohsem waterfall and back to nature? It's worth it!!

Boleh kontek weols okay. Tinggal je singgah je ke Group di FB ' Trip Redah Je' https://www.facebook.com/groups/1493238050908629/edit/ boleh join group dan text weols okay. 

#kampungdusunkubur #kenaboi #kampungchennah #jelebu #kampungesok #waterfall #waterfallhunter #phanterwaterfall #purewaterfall #untouchednature #tripredahjerr #backtonature #naturebetweenus


Thank you for visiting.

xoxo,
Martika Diyana
0032
349, Taman Melawati

Sunday, 13 March 2011

~ Lubuk Kawah ~

Ahah... aku ingat lagi tempat nih sampai hari ni... this is the place where i went during my examination week.. hehehe... actually aku da mmg pasrah da tak dapat pg... but dat time.. aku tersangat la rapat ngan Kak Ina Kecik. seboleh2 die nak haku ikot... aku pun mase tu tak banyak paper.... paper plak rapat2... ape pun aku mmg tak boleh la nakpg.. sebab last paper aku mase tu dah jatuh hari kedua diorang kat sane... So, daripada aku terkejar2... abaikan je laaa :)

Waktu tu, pertama kali aku dengar name Lubuk Kawah nih... die terletak kat Tanjung Malim, dalam satu kawasan name die Sungai Bernam. Sungai tu mungkin adik beradik ngan Ulu Bernam la kot... entah laa :P *lom cukup research lagik hehe..

One week before exam start, diorang ade nak pg sane.. nak riki tempat.. kalau tak silap aku, yang pg, Abg Man, Pedro, Boboy, Apit. ari derang nak pg tu ari sabtu... tetibe malam tu kak Ina da terpacul depan umah aku... die kate,

Kak Ina - "D, nak ikot akak tak?"

Aku - "nak pg mane?"

K.Ina - "diorang nak pg riki Lubuk Kawah, jomla pg same... D kan tak dapat pg... kite pg riki je pun cukup la"

heeeeeee aku ape lagi. melonjak laaa... sape takmo :P huhuhuhu.. aku sorang je ikot kak ina, nisya takde mase tu... tak ingat aku die pg mane.. ngan bf die kot ( mase tu die kapel ngan Along Sijangkang)

aku pack2 lebih kurang - ak pg one day pack jer... kitorang shoot pg excobar sebab dak2 nih tunggu kat sane... pg la 1 kete.. naik jeep yang pedro pinjam kat kawan die.. heeee.... aku tak sabar laa.... tetengah malam tu kitorang gerak.. lam kul 5-6 pagi kitorang smpai sane, tak terus redah... bersiap2 la ape yang patut dlu kan.. kite tak tau ape ade dalam tu... yang penah masuk situ Pedro ngan Abg Man je.. kalau diorang kaet senang je.... mungkin bagi kitorang tak mudah.. hehehehe.... so, bersiap2 la ala kadar.... perjalanan trekking macam2 ada.... trek hutan, trek balak, trek kebun.. trek sungai.. huhu.. tapi takpe la.. sambil treking tu hari da beransur cerah.. hehe.. aku pun mase tu tak bawak barang banyk.. ok la kan... si Apit la rajin temankan aku kalau aku benti2 amik napas huhuhu... tq apit :)

sampai kat sungai yang lebar untuk cross tu, kitorang stop jap... tu baru separuh perjalanan la.... aku rase tadi yang lame mase jalan kat trek kebun getah tu.... ngan siap jumpe tapak kaki Pak lang huhuhu.... terserempak ngan babi hutan... mujur dak2 nih ade parang...

3 jam trekking okay..... baru sampai ke tempat yang namenye Lubuk Kawah nih.. Subhanallah.. aku tak tipu... mmg cantik tempat nih... aku tak tau waktu tu, bile last orang masuk.. sebab mase kitorang masuk, trek banyak da kne tutup ngan ranting2... so, sambil jalan dak2 nih menebas la. huhuhu..... so, sampai sane... derang nih tak tunggu lame... heee... terjun la ape lagik.... adeu.... tapi satu je aku tak tahan... hahahaha.... terlalu banyak pacat la situ hhuhuhu.... sampai kat daun2 pokok pun ade... adeh.... kalau tgk atas tanah tu, pacat merate.. hahahah... tak tau nak taruk beg kat mane.. sudahnye kitorang sumer gantung beg.. ikat tali and ganting kat tali tu...

erm.. aku bersyukur sangat2 sebab dapat pg.... special thank to kak Ina.... sebab pakse orang pg.. hahahaha... :P aku ape lagi.. layan blues la sorang2.... mmg best... air die sangat bersih... diorang nih plak dapat plak ikan.... ikan kelah plak tu... ape lagi.. goreng laaa hahahah :P

petang sket, kitorang trekking kuar... lewat petang baru sampai.. sampai2 sane, mmg kene tuka baju la... badan bau babi... huhuhuuhu .... mmg tak tahan :P lain macm bau die.. kitorang sampai KL malam... kak Ina hantar aku balik umah.... sayang kak Ina.. :)

kalau ade rezeki nak sangat pg lagi... :)

Wednesday, 23 February 2011

Lata Hammer


Ini la semua yang da get ready nak trekking ke dalam..


 Lata Hammer. One of the great waterfall located at Pahang. Special thanks to Wak (Erwan Lasahebe) sebab menjadi guide kami ke sane -- > memandangkan waktu tu, kitorang sorang pun lom penah sampai... tq wak.. heee...

How to get there... it is not far from KL. Use Karak highway and take exit to Bentong. jalan nakmasuk kereta die pun ley tahan gak... mujur la mase tu Pacak - Faiz bawak Hilux. We went for trekking almost 45 minutes. It is a very beautiful place. If you're a nature lover, you should go. ^___________^

Berenti tunggu kete lain datang... kat Petronas apo tah hahaha


This place is kind of weird for me. Seriously.... Because i can saw mcm2 serangga in here. 'Pacat' of coz la kan, turtle, snake, scorpion, butterfly, and some more. Erm... aku tak tau nak cakap macam mane... but, i felt something once my feet sampai ke lokasi. nak ke tempat ni pun seolah-olah nak masuk ke satu alam lain... turun dari kawasan tanah yang kitorang trekking, sejauh mungkin dalam kira-kira 100 meter tinggi. cukup membuatkan kawasan air terjun tu seolah-olah separate ngan dunia luar. :) tak tau la bagi orang len kan.. mungkin aku je yang terlebih2 emosi mase sampai sane... hehehe

kura2 ni yang paling menarik perhatian


ular.. tak tau ular ape
aku terkejut jumpe ketam nieh :)


Love ^___________^


 

We stayed for 2 days and 1 nights. We have 17 person with us. yang paling aku tak percaye, aku tukang masaknyaaa hahahahaha..... slalunye aku ni penyibuk je kat dapur huhuh.... kali nih aku masak plaakk... Menu kali nih nak western sesajeeee :P.... sampai sane lam tgh hari, masak Spaghetti Olio Aglio - recipe Abg Ahad. mujur la ade skuad2 pembantu di dapur - Nisya, Ivy, Juju, Yuyu, Nieyza, Kak Nina Spy, Ayong.. hehehee tq guys.


Ni la kawasan yang tenang.. tempat bermulanye Ivy ngan Kak Nina Spy kne sedut ke tengah huhu

pose hero remaja.. haha
semua berebut nak lompat.. mane aku mase nih hahaha
kitorang buat flying fox kat sane :)

Lompat lagiiiikkk

makan malam nak lamb.. ape lagii... panggaaaannggg... huhuhu.... keje2 para jejaka gagah plak la kan... heee.... Jan Rock, Alang, Abg AJ, Abg Ahad, Pacak, Wak, Wak Jan, Pojie & Aboy...

Menu mmg sedap.... tap orang kate, kalau dah orang melayu tu kan.. nak nasih jugak.. yang kitorang nih berani mati laa.. buat kem takde nasik hahahahah.... :P mujur la satu malam jer... bukan la tak kenyang.... kenyang mmg kenyang... tapi brape lame je la kenyang nye tuu huhuhu.... Esok paginye plak, aku buat sandwich.. haa... jangan tanye la ea... mmg dari A-Z, recipe abg ahad yang punye... aku tukang masak nye aje hehe..

kentang bakar neh menjadi la pulak hahaha

fuuhh.... menyelerakan.. haha



mmg kat sane.. dari 1st day sampai balik, bersantai saje lah.... yang nak mandi, mandi... diorang pun buat flying fox... ade yang mancing... yang keje mengambik gambaaa je pun ade gak huhuuh... macam2... :) aku pun join gak la lepas da siap masak ape sume huhuhu..... tak nak lepaskan peluang.. tak tau la kan bile lagi nak pg.. haha.. but ade satu kejadian yang sangat2 seriau... kitorang mandi kat sane pakai life jacket. sebab air kat sane cetek die sket je... depan2 tu da dalam.. dah puas mandi mande, kitorang pun nak balik la.... nak seberang dari kawasan yang kitorang mandi kat batu2 tu dengan kawasan cetek yang kat gigi air tu, kne berenang... lam 3-4 meter je... tapi mmg kene kuak kuat2... sebab nak lawan arus... kak nina pun ade, die boleh berenang tapi die tak konfiden sebab arus kuat, lagi pun air dalam, die plak takde life jacket..

die tumpang la Ivy sebab Ivy paling kecik kat situ. mase nak seberang tu, semua orang lepas.. tapi time Ivy ngan kak Nina, tetibe diorang hanyut... kak Nina cakap kat Ivy, "kayuh.. kayuh kuat2..." tapi tak tau kenape Ivy macam terkial2... maybe cuak kot. Sudahnye Ivy da letih kot, die tgk je kitorang.... muke die pasrah gile sambil macam da nak nangis.. mase kejadian tu, abg ahad ade tgh belek2 tali yang diorang men flying fox tu. alang ade kat gigi air... orang len sumer da naik kemsite.. yela, mase tu da senja.. Alang jerit panggil wak.... yang si Nisya da jejerit da kat Ivy "ivy, jangan nangis..!!" kitorang tgk kak nina sorang je yang kuak2 sengsorang.. tapi ye la... mane la larat die sorang.. Ivy besar sket dari die... air plak tarik derang kemain kuat lagi... kitorang da cuak gile..

brader2 yang ade kat atas batu sambil mancing pun hanye mampu tgk je.. ye la.. diorang pun tak tau berenang kot.. kitorang tgk Wak berlari dari atas... sebelum terjun sempat Wak cakap "haih... macam mana kau orang boleh ke situ...." sempat gak la aku ngan Nisya tergelak sebab time2 gitu pun Wak besuara lagi... tapi wak mmg hero of the day la.... dengan selambe nye die tarik diorang dua orang tu ke gigi air.... cian Ivy sebab nampak die pucat giler... yang abg ahad dari atas da tgk kitorang tanye "Macam mane leh ke situ?" adehhhh tak tau nak jawab ape.. tunggu la kat atas nanti citer... ape pun semua da selamat.. alhamdulilah :)

Lepas makam malam.. alang macam bese laaaa citer hantu die hahaha.... aku mujur la ade sleeping bag.. aku tido kat tepi dapur jer laa... bese la aku mane ceruk pun ley jer huhu... aku tgk derang sumer da tido, Abg AJ plak prihatin nak urutkan blakang aku... tq abg huhu... tapi kejap je.. sudahnye Alang yang urut aku huhu.. lepas tu baru tido..


tu dia gadis2 ayu trip kali nieh hehehe

abg AJ nak jugak tu pegang gitar.. pose jangan tak pose heheh

macam ni la keadaan kami yang tido bawah fly..



pagi2, aku da bangun macam bese buat bekpes... derang sumer macam bese main air, main tali hehehe.... tgh hari sket, kitorang sesiap.... mase siap2 tu hujan turun... so, pergerakan lambat sket la walau pun nak cepat. kitorang trekking balik lam hujan dan waktu tu da petang.. mujur la hujan tak lebat mane... ape pun alhamdulillah.. semua ok.... sampai kl da nak gelap gak la...

sempat sediakan makanan terkahir untuk hari itu.. sarapan.. sandwich yang yummy

ape pun disebabkan memasing lapa nasiiikkk, singgah la Nasik Ayam kat Sri Gombak tu... kate Abg Aj besh.. hehe.... da makan memasing terus balik lepas tu.... aku ngan Nisya, tumpang abg Aj, sebab kete nisya park kat Greenwood. Nak dijadikan cerita, mase nak pg ari tu, Nisya saje2 letak stereng lock. ingat kan tak berkunci sebab stereng lock tu da rusak.. teitbe mase nak bukak tgk mamg die berkunci daa... hahahahah..... :P dah satu keje plak... mujur laa abg Aj tak kisah nak hantar balik umah sewa amik kunci... (awal lagi mase tuu.. lum kul 10 pun) pegi la amik kunci kat umah sewa kitorang (mase tu dok Pandan Perdana) and patah balik.. adeehhh mmg kelaka.... :P


huhu... hampir terlupa.. kebetulan sangat2 hari pertama kat situ adalah Besday Pacak Faez... haaa ape lagi.. kene la tepung seround.. susah gak nak trap die nie mulenye.. tapi hasil campur tangan semua pihak.. maka jadi la pesta tepung.. hahahaha

 ape pun.... it was a very sweet memories... ini MTB nyer 1st activity :)

aku ade usha2 la lepas da sekian lame tak update.. ade satu blog neh citer kan yang pada aku lebih lengkap la ttg Lata Hammer nih... korang leh tgk kat sane... web die
http://www.waterfallsofmalaysia.com/104hammers.php

haaa... visit2 la ea :)



Thank you sudi baca :)