What's New?

What's New?

Showing posts with label bajet trip. Show all posts
Showing posts with label bajet trip. Show all posts

Monday, 30 March 2020

Phanter Waterfall @ Kampung Dusun Kubur, Kenaboi

Bismillahirrahmaanirrahim

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera

Hello Outdoorianssss, 

        Okay, alang alang iols dah aktif balik bercerita ni, nak lah share jugak kan, aktiviti aktiviti dan tempat yang iols dah pergi sebelum ni. Mane lah tau nanti lelepas RMO ni berakhir, boleh lah uols rancang nak ke mana. Semoga semua ni selesai dengan segera, aamiiinnn. 

        Sebabkan dah lama tak beroutdoor. Jadi memang lemak tepu wey. Badan mashaa Allah takyah cakap la. Naik melampau lampau. Orang orang lama yang zaman zaman hiking dlu kalau terjumpa memang terkejut kahkahkah. Tapi minat dan cintaku terhadap dunia outdoor dan nature tak penah hilang ~~ . Macam lagu Amylia + Kaer ( OST Nur ) - pehh sempah promote. Wakaka. 

        Okay, nak dijadikan cerita, Ummi, one of my easy going friend to bring to nature. Selain Nisya. Cmane boleh close? Aha, ni kawan masa zaman buat degree dlu. Agak sekepala dan ok untuk dibawa beroutdoor. Kahkah, siotjeakuh. Kalau ko baca ni, jangan maraaa Ummi. 

        Minggu yang weols pilih nak pegi tu, memang ingat nak bersantai je kat Kem Katak (Kenaboi Adventure Team). Weols pun plan balik hari je, pegi pagi, balik petang. Sebab Ummi tak berani nak lalu jalan bukit bukau hutan tu malam malam. Jadi, persetujuan dah dibuat, weols ons je la. Ok la kan daripada takde. Ikotkan hati nak je tedo sana. Tapi memasing dengan kerjanya. Iols nak busking lagi. Tak keje takde duit kan uols, keje gaji hari, begitulah. Ahaks. 

        So, weols pun plan berangkat time subuh gelap. Iols datang rumah Ummi, pergi pakai kereta iols. Gerak ikot Nanding sebab jalan Bukit Ampang tengah construction (MRT). Lagipun rumah Ummi dah ke depan, so takyah nak pepatah balik ke Ampang. Masuk kawasan bukit bukau tu, langit dah cerah. Weols pun bukak tingkap lah, nak bau segar waktu pagi. Tapi tapi tapi, kelancaran jalan agak terganggu lah sikit. 

        Maafkan iols berkata kata ye, bukan tak suka, tapi dah tak sama lah macam dulu. Dulu jalan tu lancar je. Sekarang, dah ramai orang berbasikal dekat area berbukit bukau tu. Terutamanya nak naik ke Genting Peras. Memang terlalu ramai, smpaikan nak kene hold gear dekat kawasan berbukit. Bukan taknak beri laluan. Tapi ada jugak antara cyclist ni yang selfish. Bawak tetengah jalan. Korang tau tak, bahaya gila dok tetengah jalan tu?

        Ada kawasan yang boleh nak duduk tengah, dan ada kawasan yang berisiko tinggi. Kereta dari depan dan belakang datang, kekadang tu laju. Kalau waktu gelap kita boleh tau ada kereta datang dari arah depan. Waktu siang tak nampak la lampunya. Korang dok tetengah jalan. Dekat kawasan jalan yang bengkang bengkok atau selekohnya pendek pendek. Kalau kereta atau motor tengah laju, memang tak sempat nak break wey. Kalau berlanggar tu, bersepah tau. Kot bersepah, kalau kawasan tu tepi gaung, dah ke bawah nun peginya. Bahaya!!

        Jadi jika ada antara uols yang geng berbasikal dan kerap ke sana atau merancang nak berbasikal di kawasan tersebut kemudian nanti, mohon berpesan pesan ye tentang keselamatan dekat situ. Bukan nak marah, tapi bahaya. Mengganggu pun satu hal. Nak kene ikooooooooot belakang basikal tu. Yang best tu, basikal tu pun taknak ke tepi. Mashaa Allah. Haaaa, kaaaaaaaaan..... Bebel pasal ni je dah 2 muka surat. Kahkah. 


        Berbalik pada citer keindahan perjalanan tadi. Dah tak indah sangat lah bila ada gangguan tadi kan. Kahkahkah. Sesampai je pepagi kat Kampung Chennah, weols dah plan dah. Memang nak minum kat sana. Bestnye minum pagi kat warung, suasana kampung lagi. Memang syahduuuuu sangat. Dengan nasi lemak nye, ayam gorengnye, bihun goreng, kuey teow goreng, roti canai. Kahkah. Memang rasa macam nak makan semuaaa. Tapi tak jadi sebab ada mamat basikal yg ensem and sado dok sebelah meja sambil kontrol ensem dia dengan hidung yang kembang kuncup tu (penat wey kayuh, ingat ape) Hehe. Sambil tunggu Abg Nua nak ambik kitorang. (Dia pesan parking depan rumah Mak Long je)

        Selesai minum weols pun pegi lah ke rumah Mak Long konon nak tunggu Abg Nua. Rupanya dia dah ada dekat sana. Tunggu weols lah. Kahkah. Katenye, harini kite takyah masuk kem katak. Nak masuk tmpat lain. "Ada small group of Chinese and Malay family members booking for this beautiful nature this weekend." katenye. Amboi speaking London abang aku nieh. Wawawa.

        Makanya, weols berkumpul dekat depan Dewan Serbaguna Kg Chennah. Tunggu Family Chinese ni get ready. Rupanya diorang pun ada 4WD. Adalah dalam 12 orang diorang tu. Memang saja diorang nak bawak masuk 4wD diorang tu. Ada jugak budak abg nua yang ikot masuk naik motor - Si Zohir hehe. Naik 4wD, kami terus ke kawasan Kampung Esok. Tak masuk simpang Kenaboi. 

Iols tanya Abang Nua,

 "Abg pernah bawak saya masuk situ ke bang?"

"Tempat ni nko tak penah masuk lagi. Tempat ni kira baru jumpa ni. Sebelum ni orang luar tak penah masuk." 

        Tapi memang kereta biasa tak boleh masuk. dengan jalan bukitnya, ada trek batu kerikil. Sampai kat satu kawasan tu weols rehat sekejap. then nak turun ke bawah (tempat waterfall tu) kene lalu kawasan tanah merah. Kalau hujan tu licin T_T. Turunnya pulak bukan dekat dekat. Jauh jugak ke bawah. Akhirnya sampai lah jugak. Rasanya ada la dekat sejam perjalanan tu.


        Air Terjun Phanter, Kampung Dusun Kubur. Terletak jauh dalam hutan. Nak masuk perlu menggunakan 4wd. Atau motor. Air terjun yang belom tercemar sebab ramai yang belom tahu kewujudan tempat ni. 

Dah sampai, ape lagii??? Jom ler benam ke dalam ayorrr hehehehe. Gambar dekat bawah ni adalah suasana sekitar kawasan Phanter Waterfall. Kenape namanya Phanter? Entah la, tak sempat nak interview tanya hehe.

Dekat sini kawasan kami parking 4wD dan kawasan yang selamat untuk mandi manda. Nak ke waterfall kene jalan ke atas sikit, di sebelah kiri gambar (tengok air mengalir ke depan, air terjun dekat belakang)

Inilah dia Air terjunnya, nampak rendah kan. kamera ni lah yang salah angle haha. Kawasan depan air terjun ni tak boleh mandi kalau tak ada life jacket atau pelampung. Yang betul betul pandai berenang je yang dibenarkan mandi dekat kawasan ni. Dalam wey!! 

Ini lagi satu kawasan yang selamat untuk mandi manda. air ada kawasan yang cetek dan dalam sikit je. ada jugak jeram yang tak merbahaya. Belakang tu waterfall. nampak tak? Hehe. 

        Untuk pengetahuan korang, iols kalau ada masuk ke kawasan sungai ke air terjun ke, memang akan turun atau naik daripada kawasan air terjun ke kawasan sekitar situ. Suka la konon konon nak explore. Tapi Abang Nua dah pesan "D, jangan pegi jejauh, aku payah nak carik ko nanti" wakwakwkakwawakwka.

Assalammualaikum, hello Phanter Waterfall. Saya Diyana. Selamat berkenalan. Awak tak kenal saya sebab saya belom pernah datang sini lagi. Ni first time saya ke sini. Harap awak layan kami semua dengan baik ye, kami nak mandi manda je. "Oh, iols mmg suka bercakap dengan alam. Jangan pelik ea" hiks

Okay, dengan kayu kayu yang lembap sekitar tu (sebab semalamnya hujan dan hari tak terlalu panas) Abg Nua kira memang terror lah boleh hidupkan api dekat kayu yang lembap nieh. Mungkin pada orang lain biasa je. Tapi aku bayangkan kalau ko sendiri yang nak kene buat bonfire. dengan kayu lembap. stress wey. ni pun cuba banyak kali baru menjadi. Alhamdulillah Sebabnya Sejuk Yakmaaaat
Okay masa ni Ummi dah benam kan diri dalam air. Iols macam biasalah, amik mood lama gila kalau nak masuk air. kadang org dah nak naik, aku baru nak turun kahkah.
Pegang pelampung kekonon nak pergi dekat ngan air terjun. Tapi Abg Nua tak bagiiii wakakakka. "BAHAYA!!" katenye. Jadi iols dok atas batu je lah. tengokla tu, tudung pun sopan je kan. Sebab memang plan datang ni taknak mandi, nak cecelup je kahkah

Akhirnya iols masuk ke dalam air atas pujukan Ummi. haha

Kan iols dah kate, memang sejok gilers. Semua dok dekat api tu nak panaskan badan. Weols pun sama huhu.
Hwaaaaaaa... Tak nak balikkkkk
Okay, brape kali turun naik air sebab sejuk kaw kaw sampai ke tulang airnya. Laen maciam. Bila baju dah kering, malas pulak nak masuk balik dalam air haha. 



Selamat tinggal Air Terjun Phanter. Inshaa Allah ada rezeki lagi lain kali kami datang.

Kalau tuan bijak laksana, cuba lah teka ini daun apa? hehe

        Abang Nua kate kene gerak awak sebab hari dah nak hujan. Cuaca agak tak mengizinkan untuk dok lama kat sana. Cukuplah dah dekat 3 jam masing masing main air. Dan memang tepat sekali jangkaan Abang Nua. Selesai semua, nak panjat ke 4wD, hujan turun. Wow, hebat instict Abg Nua. Memang kejenye dok kat hutan kan. Mestilah dah masak dengan keadaan cuaca panas kering dia.

Perjalanan balik weols ditemani hujan. Yang bestnya, weols yang kat belakang mandi hujan hehe. Indah betul rasa perjalanan balik yang tak jauh mana tu. Sampai ke rumah Mak Long, Weols pun tumpang mandi dan tukar baju. Takde la mandi beriya, ala kadar bersihkan badan je, tukar baju kering. Sebab nak kejarkan balik. Risau jugak lambat lambat nanti makin gelap. Sebab dah hujan. 

Abang Nua ajak sembang dekat beranda rumah Mak Long. Sementara tunggu hujan reda sikit. Dia pun beritahu lah tentang pakej yang da offer kalau ada sesiapa nak masuk ke Phanter Waterfall tu tadi. 

Alhamdulillah sebelum gelap kami pun gerak balik ke Kuala umpur. Finally, we went back to reality kahkah. Kami sampai pun sebelum hari gelap. Iols hantar Ummi balik dan iols pun terus balik ke rumah. Nak tedo sangat rasanya. Kahkahkah.

Terima kAsih Allah untuk rezeki hari tu, yang benarkan weols bertemu Phanter Waterfall. Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan weols untuk pergi lagi ke sana. 

Untuk masuk ke sana, bayaran yang dikenakan sangat berbaloi. How much do you care to pay for ohsem waterfall and back to nature? It's worth it!!

Boleh kontek weols okay. Tinggal je singgah je ke Group di FB ' Trip Redah Je' https://www.facebook.com/groups/1493238050908629/edit/ boleh join group dan text weols okay. 

#kampungdusunkubur #kenaboi #kampungchennah #jelebu #kampungesok #waterfall #waterfallhunter #phanterwaterfall #purewaterfall #untouchednature #tripredahjerr #backtonature #naturebetweenus


Thank you for visiting.

xoxo,
Martika Diyana
0032
349, Taman Melawati

Sunday, 22 January 2012

♥ ♥ ♥ Melaka ~ With Love ♥ ♥ ♥

Huhuhu… da lame gak aku nih takde menulis ke ape ke kan... post gambar pun aku malas.. huhuhu ye la... aku pun tak tau la kenape ngan mood aku kebalakangan neh... aku tak pasti la aku ade terkena serangan penyakit ’M’ ke... aku terkena sampuk ngan hantu ’M’ ke.. hehehe.. yang penting, semuanye mengganggu aku ngan mud nak menaip aku ahaks..  

Aku sebenanye ade la nak bercerita sket. Awal bulan ari tu, aku ade ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Haicheh. Padahal aku pg sane bukan la mengahayati pun sejarah yang ade… Menda tak well-planned pun.. Pakai redah jer haha.. Awalnye si Ummi la...  Mase aku pegi Melaka ujung bulan doblas aritu, die ade msg ajak lepak, tapi aku kate aku kat Melake, takpat nak jumpe die.. Aku pg sane jumpe sumone.. Dah die dengar, die pun cakap la pasal nak pg Melake. Tu pun mase aku da balik KL la. Aku memule ingat die nak pg sendiri kan.. Aku diam je la.. Tetibe die ajak skali.. Die kate nak jumpe buah hati die.. Hehehe... Aku layan je la..

Bekpes aku Bakso.. mmm sdaaapp
Ummi mamam nasik lemak
 So, kitorang pun on la hari yang mane aku offday. Pegi sane, kitorang pun tak plan nak dok mane ape sume.. seawal pagi kul 0800 kitorang da kuar umah. Nak isi minyak la, hanta barang kat member dlu la. Lepas tu da setel sume, tanpa perancangan rapi, kitorang redaaahhhh.... Aku pun pakai drive je la. Benti pun takde la banyak kali sangat. Just benti bekpes kat RnR Dengkil. Dalam 2 jam++, da sampai. Kitorang amik la exit Ayer Keroh. Sampai kat Ayer Keroh, aku pun tanye kat Ummi, kite nak dok hotel mane? Aku neh tak kisah sangat mane2, yang penting bajet hotel hhahaha.. kitorang pusing2 la kat area situ.. Masuk la area Banda Hilir. Tanye punye tanye, lepas satu – satu hotel, dapat la satu hotel yang macam ok je. N mmg murah. Puas hati gak la kitorang pasal mmg murah giler. Satu malam RM67. Hash House Hotel. Aku masuk lam bilik, terase sangat selesa. 

Mulenye, kitorang ingat macam susah nak jalan or nak makan kat situ.. Sebab bangunan tu macam terceruk sket dari bandar melaka. Rupenye kitorang silap besar. Haha.. Hotel tu sangat praktikal lokasi nye. Dekat ngan everything. Even nak berjalan ke Melaka Raya pun leh jalan je. Nampak macam tersorok sebab depan hotel kitorang ade bangunan lain kan. Owner hotel tu la yang bagitau, die siap kuarkan peta n advicekan kitorang nak jalan mane ape sumer. Baik betul Aunty yang aku percaya die adalah keturunan Baba Nyonya. Thanks Aunty, nanti kitorang pg jalan2 ea. 



Muzium Kapal, tapi tak masuk pun
fuhh.... mewah hotal neh

Pertama kali aku diperkenalkan dengan sistem parking menggunakan kupon yang perlu digores. Kne beli kupon tu, dan ia dijual dalam bentuk booklet. Satu booklet, RM6. Aku pun gores la. Satu jam RM0.60. Untuk RM0.60, kne gores sekeping. Mase tu baru kul 1230. Kitorang bajet lam kul 1700 nnt nak kuar.. Sebab tak rase lapar lagi. Aku pun letak la susun pepanjang beberape keping kat atas dashboard. Huaarrgghh... Penat la kunun drive tadi, aku pun sampai2 bilik hotel, memang pk nak tido je. Lepas pepunggah n kekemas barang aku, aku tido ;P (aku bawak baju banyak gile macam nak lari dari umah ok.. hahah Saje, malas nak pk kan. Aku bawak je mane2 yang aku nak. senang)
Kincir Air, besar weiyhh
Lame aku belek menda alah neh


Petang lam kul 1800 baru la kitorang kuar, orang yang Ummi nak jumpe tu pun da sampai. Kitorang pg la kuar makan since dari check in hotel tadi kitorang takde kuar makan ape2 pun. Ok la nih. Sklai la ngan makan malam haha. Lagipun aku malam nanti nak kuar ngan orang tu. So, taknakla kekenyang sangat. Lepas makan.. kitorang pun memulakan aktiviti mengexplore. Aku serius mmg tak reti ngan Bandar Melaka neh. Aku da totally lupa. Huhu.. Even last time aku datang ade la lam setahun lyang lepas, tapi kitorang jalan reramai n tak explore. Hanya jejalan lam kota lama tu je. Sebab rushing, mase tu pun jalan ngan 4 buah kete. Macam2 ragam la kan. Haha.Tapi kali nih aku ade plenty of time nak diluangkan. 

aku ske mangunan merah neh




Jadi, pada hari yang terang benderang, matahari pun garang, aku pun nak la rilek2. Huhuhuhu.. Petang tu, kitorang pg makan ala kadar kat mamak yang ade dedekat ngan hotel kitorang. Orang still ramai, hari pun still cerah. aku takde hala tuju la. Ummi yang bersemangat nak pg ke satu jalan name die Jonker Walk. aku memula tak paham la. ape yang ade kat sane yang die nak sangat pg. Die kate, kat situ la kalau nak carik2 barang buat souvenir ke. ok, aku follow je la. jalan kaki kan. so, ikot je la mane kaki melangkah. nampah tempat menarik sket, nak singgah. wofcooozzz hahahaha... 


Paling aku suke, mase berjalan kat tepi sungai tu. Susuuur je kat situ. Memang menarik. Aku bayangkan dah yang salah satu umah kat situ, aku punye. Memang tetiap petang aku nak lepak tepi sungai. Pasang muzik best2, minum teh ke, nescafe ke. Hehe. tapi malangnye, sampai ke destinasi yang dituju, banyak kedai da tutup. Ummi agak frustrated la. Rupenye hari biase, derang tutup awal. Pukul 1900 da tutup da. ade la gak yang bukak. Tapi 2-3 kedai je la macam tu. 

Jalan2 je la kat lorong2 yang ade tu, baru ternampak notis board yang cakap lebih kurang macam neh " hari bese, Jonker Walk tutup awal. Hari Jumaat (sampai hari ape tah aku tak ingat), baru bukak sampai lewat malam same2 ngan Pasar Malam kat sepanjang Jonker Walk". Oooooo.... panjang 'O' kitorang. Mujur la kitorang pegi tu hari Khamis. So, esoknye leh la datang lagik. Punye la hepi si Ummi hahah. Lepas tu, kitorang balik hotel. 

Malam, aku plak pegi ke Alor Gajah nak jumpe orang tu kat sane. Die baru balik keje lam kul 9 malam. Aku drive main belasah jela ikot signboard. Mujur sebelum tu, uncle yang jage hotel tu ade bagi direction nak keluar dari bandar tu. Aku ikot jalan dalam. Dan memang tak susah. Tak sampai setengah jam aku da sampai. Aku pun senang je carik sebab aku ingat lagi umah yang die dok sewa reramai tu. Kitorang kuar makan n pepusing. Malam sket, baru balik. 

Esoknye, aku tak ke memane pun. Dok je hotel. Orang tu takleh jenjalan ngan aku. Siang die keje. Jumpe malam je. Ummi je la kuar jalan ngan bf die. Aku plak, tengok tv, lunch kat kedai melayu area hotel tu. Balik hotel, tengok lagi tv. Sampai la petang, Ummi balik. Sambung lagi rilek. Memang rileeeeeek je la aku kali neh. haha.. Lepas maghrib, kitorang pun meneruskan misi untuk ke Jonker Walk. Semalam, kitorang tak jalan waktu malam. 

Aku sukeeee sangat. View kat sane, cantik. Walaupun panas, bahang. tapi angin kuat. Semua tempat kitorang singgah. Tempat tu macam pasar malam and meriah sangat. Kitorang pun seronok la membelek kalau terjumpa menda2 yang jarang2 nak nampak. hehehehehee... Aku rase puas la berjalan malam tu huhu.. orang2 kat sane pun baik2. Dah puas jalan, kitorang keluar la dari Jonker Walk tu. benti rehat kat bench yang ade kat tetepi sungai tu. tengok orang naik bot. Lampu2 menambah la seri sungai tu. hehehehhe.. 






Balik dalam pukul 2130, aku pun gerak nak pg Alor Gajah, malam tu die kate nak pg karaoke ngan anak2 buah tempat keje die. Tapi aku memang takleh tahan la. Aku memule pelik gak, nak karaoke mane. Kat situ kan kawasan kampung. Tapi aku diem je la. Mane la aku tau ape yang ade kat tempat orang kan. Rupenye, derang ajak karaoke kat pekan Tampin. aku pk2 la kan, "jauh gile nak karaoke sampai ke Tampin tu," 

Rupenye aku silap. Tampin tu sangat la dekat dengan Alor Gajah. hehehehee... tak sampai 20 menet, kitorang da sampai. Layan la derang karaoke bagai. Macam biase, malam sket baru balik. Malam nih lame sket la jumpe. Esok aku da nak balik kan. sob..sob.. hahahahah... mengade kan.

Esok pagi, lepas bekpes, kitorang pun packing2 nak balik. Plan nak pg mandi laut la bagai da takde lam paleotak. Aku nak cepat sampai KL. Ummi offer diri nak drive. Tapi aku kate takpe la. Tgk die pun macam letih jer. masuk kete, tak sampai brape menet, die da jalan.. hahahaha... Sudahnye, aku drive je la sampai KL. Ngantuk gak. tapi tak sampai hati nek kejut die :)

Haaa.... Itu la episod 3 hari 2 malam trip redah aku kali neh. Mungkin lepas nih ade rezeki, nak redah ke tempat lain pulak :) insya Allah. Sesape yang suke redah2 neh, jom la join skali next time. Ahaks... Adios.. 


p/s : mintak maaf sebab kurang memberi info2 untuk kemudahan pembace..

Thank you sudi bace :)