Bismillahirrahmaanirrahim
Assalammualaikum & Selamat Sejahtera
Hye Outdoorians,
Okay, sementelah iols dah bukak balik blog nieh. Iols nak lah tanya khabar. rasanya dah dekat 10 tahun takde hapdet ape ape kat sini. Dasat betul la. Dasat betul kemalasan aku kahkah. Rugi yang teramat rasanya. Yelah, at least kot rajin boleh la jugak share any activities yang iols buat kan. Even bukan extreme, shopping pun kira oudoor activities kan? Wakakakakakakka.
Okay Okay. Saje mengusik kome. Ape khabar semuanya? Alhamdulillah iols sihat je neh. Makin sihat la semenjak kene Perintah Kawalan Pergerakan (RMO) ni kan. Almaklumlah musim musim COVID-19 (Corona Virus) ni kan. Semua kene duduk di rumah dan menjarakkan diri antasa satu sama lain.
Errr, ape tu RMO? Perintah Kawalan Pergerakan tu bukan PKP ke? Hahahaha. Ok gais, iols bukan nak buat lawak bodo di sini ye. Iols nak bgtau, sebab ada kalangan kekawan yang bila kita sembang dalam wasap die cakap mcm tu ;
"Aku sejak RMO ni rasa mcm makin berat lak badan. Gemok la wey."
"RMO? Ape tu?"
"RMO tu PKP la *_*"
"PKP bukan Perintah Kawalan Pergerakan ke? RMO tu hape?"
"Allahuakbar, PKP tu dalam BM, RMO tu dalam english 'Restricted Movement Order' !!!!!!"
wawawawawawawawawawawawawawawawawawawa
Iols baca je la. Malas nak tambahkan kemaluan member tu kan. Die konpius la tu. Cian die. Jadi skang die dah tau. Aha..
Makanya, harap semua anda outdoorians yang baca ni. Tak kira di mana anda berada. Yang bukan outdoorians pun boleh juga. Bacalah tak ada masalah. Pesanan yang baik untuk semua juga. Iols harap, anda sedang baca coretan iols ni di dalam rumah masing masing ya. Kita mesti sokong saranan pihak atasan supaya 'duduk di rumah' atau 'stay at home'.
Kecewa juga bila ada berita dan forward message daripada rakan rakan dan televisyen yang mengatakan masih ramai yang bergedil untuk mengikut arahan 'PKP' atau 'RMO' ni. Tak tahulah kenapa diorang ni terlalu berdegil dan benak sangat. Haha.
Mungkin diorang masih belum faham apa tujuan RMO ni diarahkan. Dah banyak kali pihak atasan berucap, dah beratus share dari pihak KKM dan barisan hadapan yang terlibat dalam menjalankan tanggungjawab merawat dan menyaring pesakit yang suspek positif COVID19. Semua menyarankan perkara yang sama iaitu 'DUDUK DI RUMAH'. Jaga jarak antara satu sama lain sekurang kurangnya 1 meter jika berjumpa atau berada di kawasan orang ramai.
Kesalnya, ada pihak yang tak faham bahasa atau pura pura tak faham. Mungkin diorang betul betul tak rasa yang virus ini sangat bahaya. Atau mungkin diorang fikir "Ahh, aku takkan kena punyalah". Aiyooooo... Pleasela. Don't be too confident. Korang sedar tak yang kita sekarang ni sedang berperang dengan benda halus. Kita tak nampak dia. Tapi diorang memang tunggu je nak serang kita.
Ada jugak pihak yang merasakan "Aku dah lengkap peralatan keselamatan aku. Aku dah cukup sanitize". Ok, understood. But my dear, if you still going outside for nothing important to do. Or 'saje nak keluar hirup udara segar', i tell you, you are taking the wrong decision. Ini adalah VIRUS. Virus tak akan berhenti meyerang selagi mereka ada peluang untuk merebak. Peluang yang macam mana?
Peluang untuk passing batton kepada tempat atau kawasan yang belum terjangkit. Carilah di youtube, facebook. Terlalu banyak info yang menerangkan cara virus ini merebak. Kepada anda yang rasa 'ala, virus macam kuman je kan, kita sanitize nanti mati la die'. Ok, iols nak tanya sejauh mana pulak anda yakin yang anda cukup sanitize? 100%? Iols nak tanya lagi sekali. YAKINKAH KAMU?
YAKINKAH KAMU dengan apa yang kamu pegang? Betul ke tak akan ada yang terlepas pandang?
Dah sanitize tangan --> pegang tombol pintu --> sanitize tangan semula --> nak masuk lif, tekan pulak butang lif --> Sanitise tangan semula. Pintu life terbukak, masuk pulak lif (kalau ada orang sila beri laluan ea, jangan menggatal nak berhimpit pulak). Dah masuk lif, tekan lagi button tingkat berapa, tekan pulak button off lif --> sanitize tangan lagi --> Lif terbukak, dah sampai, keluar daripada lif. terus keluar menuju ke rumah. nak bukak pintu. seluk poket amik kunci, pegang mangga, pegang grill, bukak grill, dah bukak grill pegang tombol pintu, masuk rumah letak barang --> sanitize tangan lagi. Kalau balik rumah anak anak terkam pulak. " Papaaaaaaa /Mamaaa ". Tak sempat nak mandi tukar baju. Konfiden ke yang baju korang tu bebas virus covid19?
Okay, in between kita lakukan semua ni, yakinkah kamu yang kamu takkan tersentuh apa apa yang terdedah jangkitan virus? Lagi skali iols cakap 'JANGAN TERLALU YAKIN'
Memang kita kena paranoid buat masa ni. Untuk kebaikan. Untuk keselamatan. Penat baca kan? tapi itulah realitinya. Tu belum nak kira lagi tangan mana yang pegang itu ini, tangan mana yang sanitize, tangan mana yang nak disanitizekan. Pening woo. Lagi pening bila terkena diri sendiri atau orang terdekat. "Aik, aku rasa aku dah ambil langkah keselamatan sepatutnya, tapi kat mana silapnya?" Yes bradah and sistah. Satu kesilapan je yang tak disedari, akan membahayakan nyawa. Kita takleh 'UNDO', takleh 'PATAH BALIK', atau 'CUBA LAGI SEKALI'. This is not a GAME
Tolooooonglah, dengarlah saranan kerajaan dan barisan hadapan yang sedang berjuang memerangi virus ni. Mereka sedang berusaha, tapi kita kena bantu mereka. Bantu macam mana? 'JUST STAY AT HOME'. Memang bosan, memang tepu. Tapi kita kena bersyukur. Sebab kita dapat duduk di rumah.
Kenapa iols cakap kita kena bersyukur? Kerana, kalau diberi pilihan, mereka yang sedang berjuang berdepan dengan virus ni (KKM - doctors, nurses, dan ramai lagi) mereka terlalu ingin nak balik dan duduk di rumah. Tapi mereka ada tanggungjawab. Mereka sanggup berkorban keluarga, nyawa, masa dan tenaga untuk pastikan kita semua selamat. Takkan kita tak boleh korbankan hobi kita, kebosanan kita dengan duduk di rumah?
Boleh jika anda nak bersikap "Aaaah, pedulikan ape diorang nak cakap. Nak dengar orang cakap, sampai bila pun tak habis. Kite keluar je lah" Nak melepak, main bola, beriadah, berjalan, balik kampung, celebrate besday dekat taman dan sebagainya. Terlalu mengikut nafsu nak keluar yang membuak buak.
Tapi satu pesan iols "Orang bercakap memang takkan habis, kak, bang. Tapi, bila dah terkena kepada kita atau ahli keluarga terdekat, kita yang habis kak, bang" fikir fikirkan dan selamat beramal. Haha
Wow, panjangnya celoteh iols pasal covid nih. Jangan marah ye outdoorians semua, terbebel pulak. Akhir kata, tahanlah sekejap nafsu nak berhiking, ber'outdoor' tu sementara negara kita nak pulih dan bebas dari virus ni. Maafkanlah kekhilafan iols berbahasa. Andai ada yang terkasar atau tersentap, anggaplah itu nasihat iols kepada yang berkenaan.
Jika rasa coretan ni bermanfaat, dipersilakan untuk forward kepada yang lain. Kalau ada kesilapan iols, silakan tinggal teguran dan bahasa yang indah di ruang komen ye sahabat semua.
Hamba yang kerdil,
Martika Diyana
1850
349, Taman Melawati
No comments:
Post a Comment