What's New?

What's New?

Monday, 30 March 2020

Phanter Waterfall @ Kampung Dusun Kubur, Kenaboi

Bismillahirrahmaanirrahim

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera

Hello Outdoorianssss, 

        Okay, alang alang iols dah aktif balik bercerita ni, nak lah share jugak kan, aktiviti aktiviti dan tempat yang iols dah pergi sebelum ni. Mane lah tau nanti lelepas RMO ni berakhir, boleh lah uols rancang nak ke mana. Semoga semua ni selesai dengan segera, aamiiinnn. 

        Sebabkan dah lama tak beroutdoor. Jadi memang lemak tepu wey. Badan mashaa Allah takyah cakap la. Naik melampau lampau. Orang orang lama yang zaman zaman hiking dlu kalau terjumpa memang terkejut kahkahkah. Tapi minat dan cintaku terhadap dunia outdoor dan nature tak penah hilang ~~ . Macam lagu Amylia + Kaer ( OST Nur ) - pehh sempah promote. Wakaka. 

        Okay, nak dijadikan cerita, Ummi, one of my easy going friend to bring to nature. Selain Nisya. Cmane boleh close? Aha, ni kawan masa zaman buat degree dlu. Agak sekepala dan ok untuk dibawa beroutdoor. Kahkah, siotjeakuh. Kalau ko baca ni, jangan maraaa Ummi. 

        Minggu yang weols pilih nak pegi tu, memang ingat nak bersantai je kat Kem Katak (Kenaboi Adventure Team). Weols pun plan balik hari je, pegi pagi, balik petang. Sebab Ummi tak berani nak lalu jalan bukit bukau hutan tu malam malam. Jadi, persetujuan dah dibuat, weols ons je la. Ok la kan daripada takde. Ikotkan hati nak je tedo sana. Tapi memasing dengan kerjanya. Iols nak busking lagi. Tak keje takde duit kan uols, keje gaji hari, begitulah. Ahaks. 

        So, weols pun plan berangkat time subuh gelap. Iols datang rumah Ummi, pergi pakai kereta iols. Gerak ikot Nanding sebab jalan Bukit Ampang tengah construction (MRT). Lagipun rumah Ummi dah ke depan, so takyah nak pepatah balik ke Ampang. Masuk kawasan bukit bukau tu, langit dah cerah. Weols pun bukak tingkap lah, nak bau segar waktu pagi. Tapi tapi tapi, kelancaran jalan agak terganggu lah sikit. 

        Maafkan iols berkata kata ye, bukan tak suka, tapi dah tak sama lah macam dulu. Dulu jalan tu lancar je. Sekarang, dah ramai orang berbasikal dekat area berbukit bukau tu. Terutamanya nak naik ke Genting Peras. Memang terlalu ramai, smpaikan nak kene hold gear dekat kawasan berbukit. Bukan taknak beri laluan. Tapi ada jugak antara cyclist ni yang selfish. Bawak tetengah jalan. Korang tau tak, bahaya gila dok tetengah jalan tu?

        Ada kawasan yang boleh nak duduk tengah, dan ada kawasan yang berisiko tinggi. Kereta dari depan dan belakang datang, kekadang tu laju. Kalau waktu gelap kita boleh tau ada kereta datang dari arah depan. Waktu siang tak nampak la lampunya. Korang dok tetengah jalan. Dekat kawasan jalan yang bengkang bengkok atau selekohnya pendek pendek. Kalau kereta atau motor tengah laju, memang tak sempat nak break wey. Kalau berlanggar tu, bersepah tau. Kot bersepah, kalau kawasan tu tepi gaung, dah ke bawah nun peginya. Bahaya!!

        Jadi jika ada antara uols yang geng berbasikal dan kerap ke sana atau merancang nak berbasikal di kawasan tersebut kemudian nanti, mohon berpesan pesan ye tentang keselamatan dekat situ. Bukan nak marah, tapi bahaya. Mengganggu pun satu hal. Nak kene ikooooooooot belakang basikal tu. Yang best tu, basikal tu pun taknak ke tepi. Mashaa Allah. Haaaa, kaaaaaaaaan..... Bebel pasal ni je dah 2 muka surat. Kahkah. 


        Berbalik pada citer keindahan perjalanan tadi. Dah tak indah sangat lah bila ada gangguan tadi kan. Kahkahkah. Sesampai je pepagi kat Kampung Chennah, weols dah plan dah. Memang nak minum kat sana. Bestnye minum pagi kat warung, suasana kampung lagi. Memang syahduuuuu sangat. Dengan nasi lemak nye, ayam gorengnye, bihun goreng, kuey teow goreng, roti canai. Kahkah. Memang rasa macam nak makan semuaaa. Tapi tak jadi sebab ada mamat basikal yg ensem and sado dok sebelah meja sambil kontrol ensem dia dengan hidung yang kembang kuncup tu (penat wey kayuh, ingat ape) Hehe. Sambil tunggu Abg Nua nak ambik kitorang. (Dia pesan parking depan rumah Mak Long je)

        Selesai minum weols pun pegi lah ke rumah Mak Long konon nak tunggu Abg Nua. Rupanya dia dah ada dekat sana. Tunggu weols lah. Kahkah. Katenye, harini kite takyah masuk kem katak. Nak masuk tmpat lain. "Ada small group of Chinese and Malay family members booking for this beautiful nature this weekend." katenye. Amboi speaking London abang aku nieh. Wawawa.

        Makanya, weols berkumpul dekat depan Dewan Serbaguna Kg Chennah. Tunggu Family Chinese ni get ready. Rupanya diorang pun ada 4WD. Adalah dalam 12 orang diorang tu. Memang saja diorang nak bawak masuk 4wD diorang tu. Ada jugak budak abg nua yang ikot masuk naik motor - Si Zohir hehe. Naik 4wD, kami terus ke kawasan Kampung Esok. Tak masuk simpang Kenaboi. 

Iols tanya Abang Nua,

 "Abg pernah bawak saya masuk situ ke bang?"

"Tempat ni nko tak penah masuk lagi. Tempat ni kira baru jumpa ni. Sebelum ni orang luar tak penah masuk." 

        Tapi memang kereta biasa tak boleh masuk. dengan jalan bukitnya, ada trek batu kerikil. Sampai kat satu kawasan tu weols rehat sekejap. then nak turun ke bawah (tempat waterfall tu) kene lalu kawasan tanah merah. Kalau hujan tu licin T_T. Turunnya pulak bukan dekat dekat. Jauh jugak ke bawah. Akhirnya sampai lah jugak. Rasanya ada la dekat sejam perjalanan tu.


        Air Terjun Phanter, Kampung Dusun Kubur. Terletak jauh dalam hutan. Nak masuk perlu menggunakan 4wd. Atau motor. Air terjun yang belom tercemar sebab ramai yang belom tahu kewujudan tempat ni. 

Dah sampai, ape lagii??? Jom ler benam ke dalam ayorrr hehehehe. Gambar dekat bawah ni adalah suasana sekitar kawasan Phanter Waterfall. Kenape namanya Phanter? Entah la, tak sempat nak interview tanya hehe.

Dekat sini kawasan kami parking 4wD dan kawasan yang selamat untuk mandi manda. Nak ke waterfall kene jalan ke atas sikit, di sebelah kiri gambar (tengok air mengalir ke depan, air terjun dekat belakang)

Inilah dia Air terjunnya, nampak rendah kan. kamera ni lah yang salah angle haha. Kawasan depan air terjun ni tak boleh mandi kalau tak ada life jacket atau pelampung. Yang betul betul pandai berenang je yang dibenarkan mandi dekat kawasan ni. Dalam wey!! 

Ini lagi satu kawasan yang selamat untuk mandi manda. air ada kawasan yang cetek dan dalam sikit je. ada jugak jeram yang tak merbahaya. Belakang tu waterfall. nampak tak? Hehe. 

        Untuk pengetahuan korang, iols kalau ada masuk ke kawasan sungai ke air terjun ke, memang akan turun atau naik daripada kawasan air terjun ke kawasan sekitar situ. Suka la konon konon nak explore. Tapi Abang Nua dah pesan "D, jangan pegi jejauh, aku payah nak carik ko nanti" wakwakwkakwawakwka.

Assalammualaikum, hello Phanter Waterfall. Saya Diyana. Selamat berkenalan. Awak tak kenal saya sebab saya belom pernah datang sini lagi. Ni first time saya ke sini. Harap awak layan kami semua dengan baik ye, kami nak mandi manda je. "Oh, iols mmg suka bercakap dengan alam. Jangan pelik ea" hiks

Okay, dengan kayu kayu yang lembap sekitar tu (sebab semalamnya hujan dan hari tak terlalu panas) Abg Nua kira memang terror lah boleh hidupkan api dekat kayu yang lembap nieh. Mungkin pada orang lain biasa je. Tapi aku bayangkan kalau ko sendiri yang nak kene buat bonfire. dengan kayu lembap. stress wey. ni pun cuba banyak kali baru menjadi. Alhamdulillah Sebabnya Sejuk Yakmaaaat
Okay masa ni Ummi dah benam kan diri dalam air. Iols macam biasalah, amik mood lama gila kalau nak masuk air. kadang org dah nak naik, aku baru nak turun kahkah.
Pegang pelampung kekonon nak pergi dekat ngan air terjun. Tapi Abg Nua tak bagiiii wakakakka. "BAHAYA!!" katenye. Jadi iols dok atas batu je lah. tengokla tu, tudung pun sopan je kan. Sebab memang plan datang ni taknak mandi, nak cecelup je kahkah

Akhirnya iols masuk ke dalam air atas pujukan Ummi. haha

Kan iols dah kate, memang sejok gilers. Semua dok dekat api tu nak panaskan badan. Weols pun sama huhu.
Hwaaaaaaa... Tak nak balikkkkk
Okay, brape kali turun naik air sebab sejuk kaw kaw sampai ke tulang airnya. Laen maciam. Bila baju dah kering, malas pulak nak masuk balik dalam air haha. 



Selamat tinggal Air Terjun Phanter. Inshaa Allah ada rezeki lagi lain kali kami datang.

Kalau tuan bijak laksana, cuba lah teka ini daun apa? hehe

        Abang Nua kate kene gerak awak sebab hari dah nak hujan. Cuaca agak tak mengizinkan untuk dok lama kat sana. Cukuplah dah dekat 3 jam masing masing main air. Dan memang tepat sekali jangkaan Abang Nua. Selesai semua, nak panjat ke 4wD, hujan turun. Wow, hebat instict Abg Nua. Memang kejenye dok kat hutan kan. Mestilah dah masak dengan keadaan cuaca panas kering dia.

Perjalanan balik weols ditemani hujan. Yang bestnya, weols yang kat belakang mandi hujan hehe. Indah betul rasa perjalanan balik yang tak jauh mana tu. Sampai ke rumah Mak Long, Weols pun tumpang mandi dan tukar baju. Takde la mandi beriya, ala kadar bersihkan badan je, tukar baju kering. Sebab nak kejarkan balik. Risau jugak lambat lambat nanti makin gelap. Sebab dah hujan. 

Abang Nua ajak sembang dekat beranda rumah Mak Long. Sementara tunggu hujan reda sikit. Dia pun beritahu lah tentang pakej yang da offer kalau ada sesiapa nak masuk ke Phanter Waterfall tu tadi. 

Alhamdulillah sebelum gelap kami pun gerak balik ke Kuala umpur. Finally, we went back to reality kahkah. Kami sampai pun sebelum hari gelap. Iols hantar Ummi balik dan iols pun terus balik ke rumah. Nak tedo sangat rasanya. Kahkahkah.

Terima kAsih Allah untuk rezeki hari tu, yang benarkan weols bertemu Phanter Waterfall. Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan weols untuk pergi lagi ke sana. 

Untuk masuk ke sana, bayaran yang dikenakan sangat berbaloi. How much do you care to pay for ohsem waterfall and back to nature? It's worth it!!

Boleh kontek weols okay. Tinggal je singgah je ke Group di FB ' Trip Redah Je' https://www.facebook.com/groups/1493238050908629/edit/ boleh join group dan text weols okay. 

#kampungdusunkubur #kenaboi #kampungchennah #jelebu #kampungesok #waterfall #waterfallhunter #phanterwaterfall #purewaterfall #untouchednature #tripredahjerr #backtonature #naturebetweenus


Thank you for visiting.

xoxo,
Martika Diyana
0032
349, Taman Melawati

PKP, DUDUK DI RUMAH - RMO, JUST STAY AT HOME

Bismillahirrahmaanirrahim

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera

Hye Outdoorians,

Okay, sementelah iols dah bukak balik blog nieh. Iols nak lah tanya khabar. rasanya dah dekat 10 tahun takde hapdet ape ape kat sini. Dasat betul la. Dasat betul kemalasan aku kahkah. Rugi yang teramat rasanya. Yelah, at least kot rajin boleh la jugak share any activities yang iols buat kan. Even bukan extreme, shopping pun kira oudoor activities kan? Wakakakakakakka.

Okay Okay. Saje mengusik kome. Ape khabar semuanya? Alhamdulillah iols sihat je neh. Makin sihat la semenjak kene Perintah Kawalan Pergerakan (RMO) ni kan. Almaklumlah musim musim COVID-19 (Corona Virus) ni kan. Semua kene duduk di rumah dan menjarakkan diri antasa satu sama lain. 

Errr, ape tu RMO? Perintah Kawalan Pergerakan tu bukan PKP ke? Hahahaha. Ok gais, iols bukan nak buat lawak bodo di sini ye. Iols nak bgtau, sebab ada kalangan kekawan yang bila kita sembang dalam wasap die cakap mcm tu ;

"Aku sejak RMO ni rasa mcm makin berat lak badan. Gemok la wey."


"RMO? Ape tu?"

"RMO tu PKP la *_*"

"PKP bukan Perintah Kawalan Pergerakan ke? RMO tu hape?"

"Allahuakbar, PKP tu dalam BM, RMO tu dalam english 'Restricted Movement Order' !!!!!!" 

wawawawawawawawawawawawawawawawawawawa


Iols baca je la. Malas nak tambahkan kemaluan member tu kan. Die konpius la tu. Cian die. Jadi skang die dah tau. Aha.. 

Makanya, harap semua anda outdoorians yang baca ni. Tak kira di mana anda berada. Yang bukan outdoorians pun boleh juga. Bacalah tak ada masalah. Pesanan yang baik untuk semua juga. Iols harap, anda sedang baca coretan iols ni di dalam rumah masing masing ya. Kita mesti sokong saranan pihak atasan supaya 'duduk di rumah' atau 'stay at home'.

Kecewa juga bila ada berita dan forward message daripada rakan rakan dan televisyen yang mengatakan masih ramai yang bergedil untuk mengikut arahan 'PKP' atau 'RMO' ni. Tak tahulah kenapa diorang ni terlalu berdegil dan benak sangat. Haha.

Mungkin diorang masih belum faham apa tujuan RMO ni diarahkan. Dah banyak kali pihak atasan berucap, dah beratus share dari pihak KKM dan barisan hadapan yang terlibat dalam menjalankan tanggungjawab merawat dan menyaring pesakit yang suspek positif COVID19. Semua menyarankan perkara yang sama iaitu 'DUDUK DI RUMAH'. Jaga jarak antara satu sama lain sekurang kurangnya 1 meter jika berjumpa atau berada di kawasan orang ramai. 

Kesalnya, ada pihak yang tak faham bahasa atau pura pura tak faham. Mungkin diorang betul betul tak rasa yang virus ini sangat bahaya. Atau mungkin diorang fikir "Ahh, aku takkan kena punyalah". Aiyooooo... Pleasela. Don't be too confident. Korang sedar tak yang kita sekarang ni sedang berperang dengan benda halus. Kita tak nampak dia. Tapi diorang memang tunggu je nak serang kita. 


Ada jugak pihak yang merasakan "Aku dah lengkap peralatan keselamatan aku. Aku dah cukup sanitize". Ok, understood. But my dear, if you still going outside for nothing important to do. Or 'saje nak keluar hirup udara segar', i tell you, you are taking the wrong decision. Ini adalah VIRUS. Virus tak akan berhenti meyerang selagi mereka ada peluang untuk merebak. Peluang yang macam mana?

Peluang untuk passing batton kepada tempat atau kawasan yang belum terjangkit. Carilah di youtube, facebook. Terlalu banyak info yang menerangkan cara virus ini merebak. Kepada anda yang rasa 'ala, virus macam kuman je kan, kita sanitize nanti mati la die'. Ok, iols nak tanya sejauh mana pulak anda yakin yang anda cukup sanitize? 100%? Iols nak tanya lagi sekali. YAKINKAH KAMU? 

YAKINKAH KAMU dengan apa yang kamu pegang? Betul ke tak akan ada yang terlepas pandang? 

Dah sanitize tangan --> pegang tombol pintu --> sanitize tangan semula --> nak masuk lif, tekan pulak butang lif --> Sanitise tangan semula. Pintu life terbukak, masuk pulak lif (kalau ada orang sila beri laluan ea, jangan menggatal nak berhimpit pulak). Dah masuk lif, tekan lagi button tingkat berapa, tekan pulak button off lif --> sanitize tangan lagi --> Lif terbukak, dah sampai, keluar daripada lif. terus keluar menuju ke rumah. nak bukak pintu. seluk poket amik kunci, pegang mangga, pegang grill, bukak grill, dah bukak grill pegang tombol pintu, masuk rumah letak barang --> sanitize tangan lagi. Kalau balik rumah anak anak terkam pulak. " Papaaaaaaa /Mamaaa ". Tak sempat nak mandi tukar baju. Konfiden ke yang baju korang tu bebas virus covid19?

Okay, in between kita lakukan semua ni, yakinkah kamu yang kamu takkan tersentuh apa apa yang terdedah jangkitan virus? Lagi skali iols cakap 'JANGAN TERLALU YAKIN'

Memang kita kena paranoid buat masa ni. Untuk kebaikan. Untuk keselamatan. Penat baca kan? tapi itulah realitinya. Tu belum nak kira lagi tangan mana yang pegang itu ini, tangan mana yang sanitize, tangan mana yang nak disanitizekan. Pening woo. Lagi pening bila terkena diri sendiri atau orang terdekat. "Aik, aku rasa aku dah ambil langkah keselamatan sepatutnya, tapi kat mana silapnya?" Yes bradah and sistah. Satu kesilapan je yang tak disedari, akan membahayakan nyawa. Kita takleh 'UNDO', takleh 'PATAH BALIK', atau 'CUBA LAGI SEKALI'. This is not a GAME

Tolooooonglah, dengarlah saranan kerajaan dan barisan hadapan yang sedang berjuang memerangi virus ni. Mereka sedang berusaha, tapi kita kena bantu mereka. Bantu macam mana? 'JUST STAY AT HOME'. Memang bosan, memang tepu. Tapi kita kena bersyukur. Sebab kita dapat duduk di rumah.

Kenapa iols cakap kita kena bersyukur? Kerana, kalau diberi pilihan, mereka yang sedang berjuang berdepan dengan virus ni (KKM - doctors, nurses, dan ramai lagi) mereka terlalu ingin nak balik dan duduk di rumah. Tapi mereka ada tanggungjawab. Mereka sanggup berkorban keluarga, nyawa, masa dan tenaga untuk pastikan kita semua selamat. Takkan kita tak boleh korbankan hobi kita, kebosanan kita dengan duduk di rumah?

Boleh jika anda nak bersikap "Aaaah, pedulikan ape diorang nak cakap. Nak dengar orang cakap, sampai bila pun tak habis. Kite keluar je lah" Nak melepak, main bola, beriadah, berjalan, balik kampung, celebrate besday dekat taman dan sebagainya. Terlalu mengikut nafsu nak keluar yang membuak buak. 

Tapi satu pesan iols "Orang bercakap memang takkan habis, kak, bang. Tapi, bila dah terkena kepada kita atau ahli keluarga terdekat, kita yang habis kak, bang" fikir fikirkan dan selamat beramal. Haha

Wow, panjangnya celoteh iols pasal covid nih. Jangan marah ye outdoorians semua, terbebel pulak. Akhir kata, tahanlah sekejap nafsu nak berhiking, ber'outdoor' tu sementara negara kita nak pulih dan bebas dari virus ni. Maafkanlah kekhilafan iols berbahasa. Andai ada yang terkasar atau tersentap, anggaplah itu nasihat iols kepada yang berkenaan. 

Jika rasa coretan ni bermanfaat, dipersilakan untuk forward kepada yang lain. Kalau ada kesilapan iols, silakan tinggal teguran dan bahasa yang indah di ruang komen ye sahabat semua. 



Hamba yang kerdil,
Martika Diyana
1850
349, Taman Melawati