Bismillahirrahmaanirrahim
Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera
Hello Outdoorianssss,
Okay, alang alang iols dah aktif balik bercerita ni, nak lah share jugak kan, aktiviti aktiviti dan tempat yang iols dah pergi sebelum ni. Mane lah tau nanti lelepas RMO ni berakhir, boleh lah uols rancang nak ke mana. Semoga semua ni selesai dengan segera, aamiiinnn.
Sebabkan dah lama tak beroutdoor. Jadi memang lemak tepu wey. Badan mashaa Allah takyah cakap la. Naik melampau lampau. Orang orang lama yang zaman zaman hiking dlu kalau terjumpa memang terkejut kahkahkah. Tapi minat dan cintaku terhadap dunia outdoor dan nature tak penah hilang ~~ . Macam lagu Amylia + Kaer ( OST Nur ) - pehh sempah promote. Wakaka.
Okay, nak dijadikan cerita, Ummi, one of my easy going friend to bring to nature. Selain Nisya. Cmane boleh close? Aha, ni kawan masa zaman buat degree dlu. Agak sekepala dan ok untuk dibawa beroutdoor. Kahkah, siotjeakuh. Kalau ko baca ni, jangan maraaa Ummi.
Minggu yang weols pilih nak pegi tu, memang ingat nak bersantai je kat Kem Katak (Kenaboi Adventure Team). Weols pun plan balik hari je, pegi pagi, balik petang. Sebab Ummi tak berani nak lalu jalan bukit bukau hutan tu malam malam. Jadi, persetujuan dah dibuat, weols ons je la. Ok la kan daripada takde. Ikotkan hati nak je tedo sana. Tapi memasing dengan kerjanya. Iols nak busking lagi. Tak keje takde duit kan uols, keje gaji hari, begitulah. Ahaks.
So, weols pun plan berangkat time subuh gelap. Iols datang rumah Ummi, pergi pakai kereta iols. Gerak ikot Nanding sebab jalan Bukit Ampang tengah construction (MRT). Lagipun rumah Ummi dah ke depan, so takyah nak pepatah balik ke Ampang. Masuk kawasan bukit bukau tu, langit dah cerah. Weols pun bukak tingkap lah, nak bau segar waktu pagi. Tapi tapi tapi, kelancaran jalan agak terganggu lah sikit.
Maafkan iols berkata kata ye, bukan tak suka, tapi dah tak sama lah macam dulu. Dulu jalan tu lancar je. Sekarang, dah ramai orang berbasikal dekat area berbukit bukau tu. Terutamanya nak naik ke Genting Peras. Memang terlalu ramai, smpaikan nak kene hold gear dekat kawasan berbukit. Bukan taknak beri laluan. Tapi ada jugak antara cyclist ni yang selfish. Bawak tetengah jalan. Korang tau tak, bahaya gila dok tetengah jalan tu?
Ada kawasan yang boleh nak duduk tengah, dan ada kawasan yang berisiko tinggi. Kereta dari depan dan belakang datang, kekadang tu laju. Kalau waktu gelap kita boleh tau ada kereta datang dari arah depan. Waktu siang tak nampak la lampunya. Korang dok tetengah jalan. Dekat kawasan jalan yang bengkang bengkok atau selekohnya pendek pendek. Kalau kereta atau motor tengah laju, memang tak sempat nak break wey. Kalau berlanggar tu, bersepah tau. Kot bersepah, kalau kawasan tu tepi gaung, dah ke bawah nun peginya. Bahaya!!
Jadi jika ada antara uols yang geng berbasikal dan kerap ke sana atau merancang nak berbasikal di kawasan tersebut kemudian nanti, mohon berpesan pesan ye tentang keselamatan dekat situ. Bukan nak marah, tapi bahaya. Mengganggu pun satu hal. Nak kene ikooooooooot belakang basikal tu. Yang best tu, basikal tu pun taknak ke tepi. Mashaa Allah. Haaaa, kaaaaaaaaan..... Bebel pasal ni je dah 2 muka surat. Kahkah.
Berbalik pada citer keindahan perjalanan tadi. Dah tak indah sangat lah bila ada gangguan tadi kan. Kahkahkah. Sesampai je pepagi kat Kampung Chennah, weols dah plan dah. Memang nak minum kat sana. Bestnye minum pagi kat warung, suasana kampung lagi. Memang syahduuuuu sangat. Dengan nasi lemak nye, ayam gorengnye, bihun goreng, kuey teow goreng, roti canai. Kahkah. Memang rasa macam nak makan semuaaa. Tapi tak jadi sebab ada mamat basikal yg ensem and sado dok sebelah meja sambil kontrol ensem dia dengan hidung yang kembang kuncup tu (penat wey kayuh, ingat ape) Hehe. Sambil tunggu Abg Nua nak ambik kitorang. (Dia pesan parking depan rumah Mak Long je)
Selesai minum weols pun pegi lah ke rumah Mak Long konon nak tunggu Abg Nua. Rupanya dia dah ada dekat sana. Tunggu weols lah. Kahkah. Katenye, harini kite takyah masuk kem katak. Nak masuk tmpat lain. "Ada small group of Chinese and Malay family members booking for this beautiful nature this weekend." katenye. Amboi speaking London abang aku nieh. Wawawa.
Makanya, weols berkumpul dekat depan Dewan Serbaguna Kg Chennah. Tunggu Family Chinese ni get ready. Rupanya diorang pun ada 4WD. Adalah dalam 12 orang diorang tu. Memang saja diorang nak bawak masuk 4wD diorang tu. Ada jugak budak abg nua yang ikot masuk naik motor - Si Zohir hehe. Naik 4wD, kami terus ke kawasan Kampung Esok. Tak masuk simpang Kenaboi.
Iols tanya Abang Nua,
"Abg pernah bawak saya masuk situ ke bang?"
"Tempat ni nko tak penah masuk lagi. Tempat ni kira baru jumpa ni. Sebelum ni orang luar tak penah masuk."
Tapi memang kereta biasa tak boleh masuk. dengan jalan bukitnya, ada trek batu kerikil. Sampai kat satu kawasan tu weols rehat sekejap. then nak turun ke bawah (tempat waterfall tu) kene lalu kawasan tanah merah. Kalau hujan tu licin T_T. Turunnya pulak bukan dekat dekat. Jauh jugak ke bawah. Akhirnya sampai lah jugak. Rasanya ada la dekat sejam perjalanan tu.
Air Terjun Phanter, Kampung Dusun Kubur. Terletak jauh dalam hutan. Nak masuk perlu menggunakan 4wd. Atau motor. Air terjun yang belom tercemar sebab ramai yang belom tahu kewujudan tempat ni.
Dah sampai, ape lagii??? Jom ler benam ke dalam ayorrr hehehehe. Gambar dekat bawah ni adalah suasana sekitar kawasan Phanter Waterfall. Kenape namanya Phanter? Entah la, tak sempat nak interview tanya hehe.
![]() |
| Ini lagi satu kawasan yang selamat untuk mandi manda. air ada kawasan yang cetek dan dalam sikit je. ada jugak jeram yang tak merbahaya. Belakang tu waterfall. nampak tak? Hehe. |
Untuk pengetahuan korang, iols kalau ada masuk ke kawasan sungai ke air terjun ke, memang akan turun atau naik daripada kawasan air terjun ke kawasan sekitar situ. Suka la konon konon nak explore. Tapi Abang Nua dah pesan "D, jangan pegi jejauh, aku payah nak carik ko nanti" wakwakwkakwawakwka.
![]() |
| Okay masa ni Ummi dah benam kan diri dalam air. Iols macam biasalah, amik mood lama gila kalau nak masuk air. kadang org dah nak naik, aku baru nak turun kahkah. |
![]() | ||||
Akhirnya iols masuk ke dalam air atas pujukan Ummi. haha
|
![]() |
| Okay, brape kali turun naik air sebab sejuk kaw kaw sampai ke tulang airnya. Laen maciam. Bila baju dah kering, malas pulak nak masuk balik dalam air haha. |
![]() |
| Selamat tinggal Air Terjun Phanter. Inshaa Allah ada rezeki lagi lain kali kami datang. |
![]() |
| Kalau tuan bijak laksana, cuba lah teka ini daun apa? hehe |
Abang Nua kate kene gerak awak sebab hari dah nak hujan. Cuaca agak tak mengizinkan untuk dok lama kat sana. Cukuplah dah dekat 3 jam masing masing main air. Dan memang tepat sekali jangkaan Abang Nua. Selesai semua, nak panjat ke 4wD, hujan turun. Wow, hebat instict Abg Nua. Memang kejenye dok kat hutan kan. Mestilah dah masak dengan keadaan cuaca panas kering dia.
Perjalanan balik weols ditemani hujan. Yang bestnya, weols yang kat belakang mandi hujan hehe. Indah betul rasa perjalanan balik yang tak jauh mana tu. Sampai ke rumah Mak Long, Weols pun tumpang mandi dan tukar baju. Takde la mandi beriya, ala kadar bersihkan badan je, tukar baju kering. Sebab nak kejarkan balik. Risau jugak lambat lambat nanti makin gelap. Sebab dah hujan.
Abang Nua ajak sembang dekat beranda rumah Mak Long. Sementara tunggu hujan reda sikit. Dia pun beritahu lah tentang pakej yang da offer kalau ada sesiapa nak masuk ke Phanter Waterfall tu tadi.
Alhamdulillah sebelum gelap kami pun gerak balik ke Kuala umpur. Finally, we went back to reality kahkah. Kami sampai pun sebelum hari gelap. Iols hantar Ummi balik dan iols pun terus balik ke rumah. Nak tedo sangat rasanya. Kahkahkah.
Terima kAsih Allah untuk rezeki hari tu, yang benarkan weols bertemu Phanter Waterfall. Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan weols untuk pergi lagi ke sana.
Untuk masuk ke sana, bayaran yang dikenakan sangat berbaloi. How much do you care to pay for ohsem waterfall and back to nature? It's worth it!!
Boleh kontek weols okay. Tinggal je singgah je ke Group di FB ' Trip Redah Je' https://www.facebook.com/groups/1493238050908629/edit/ boleh join group dan text weols okay.
#kampungdusunkubur #kenaboi #kampungchennah #jelebu #kampungesok #waterfall #waterfallhunter #phanterwaterfall #purewaterfall #untouchednature #tripredahjerr #backtonature #naturebetweenus
Thank you for visiting.
xoxo,
Martika Diyana
0032
349, Taman Melawati





































